CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 23 August 2011

Mak Mana?

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam esakkan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti bertanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 20 August 2011

who says


I wouldn’t want to be anybody else (Eh!)
You made me insecure
Told me I wasn’t good enough
But who are you to judge
When you’re a diamond in the rough
I’m sure you got some things
You’d like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn’t want to be anybody else
Na na na Na na na Na na na Na na na Na na na
Na na na Na na na Na na na Na na na
I’m no beauty queen
I’m just beautiful me
Na na na Na na na Na na na Na na na Na na na
Na na na Na na na Na na na Na na na
You’ve got every right
To a beautiful life (come on!)
Who says,
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me,
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful, who says?
It’s such a funny thing
How nothing’s funny when it’s you
You tell ‘em what you mean
But they keep whiting out the truth
It’s like a work of art
That never gets to see the light
Keep you beneath the stars
Won’t let you touch the sky
Na na na Na na na Na na na Na na na Na na na
Na na na Na na na Na na na Na na na
I’m no beauty queen
I’m just beautiful me
Na na na Na na na Na na na Na na na Na na na
Na na na Na na na Na na na Na na na
You’ve got every right
To a beautiful life (come on!)
Who says,
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me,
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful, who says?
Who says you’re not start potential
Who says you’re not presidential
Who says you can’t be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test
Who says you can’t be the best
Who said, who said
Won’t you tell me who said that (Yeah, Who said?)
Who says,
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me,
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful, who says?
Who says,
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me,
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful, who says?

Thursday, 18 August 2011

Jangan Malas...

                                                                 Assalammualaikum...

mood : emo + happy *ade ke??*

Dear visitor, 
            selalu kan kalau korang pegi beli lauk kat Tesco kan*asyik Tesco jer..hehe*. Korang ada perasan tak yang biasa nya trolley- trolley yang telah digunakan akan bersepah...*ceh ayat carik pasal* Biasenye mereka-mereka itu tidak meletakkan trolley di tempat yang disediakan ...kan kan kan...betul.. kalau korang perasan la  tapi mustahil la korang tak perasan kan... 
   
         Mesti korang akan kate ''buat ape nak letak kat situ biar je kat sini''
                                                     
                                                    TAK PUN
    
          ''alahai ko ni, buat ape nak letak kat situ? biar je.workers dia kan ade nak susun2 trolley tuw..''
                                               
                                                    TAK PUN
                        
                                  ''malas la..biar je lah pandai2 la pekeja dia amek..''

dan korang pon terus masuk kereta tanpa rasa besalah *mungkin rase besalah sikit* dan terus berlalu tanpa melihat trolley ituw...cian kan trolley tuw...  : '(

       tapi betul la kan ayat- ayat aku tuh...sebab ayat tuw la yang aku selalu guna kalau tak nak letak trolley ituw di tempat yang disediakan..hehe..korang ingat aku baik sangat aper...same je okay...tapi aku penah sekali pegi letak balek trolley ituw di tempat yang disediakan sebab nye mood aku ngah rajin giler...huahuahuahau.....
 
        Jadi jangan la malas untuk meletak trolley2 itu.. Saya jamin tak kan patah kaki, patah tangan, patah jari dengan meletak trolley -trolley itu di tempat yang disediakan...*menaip dengan gaya bajet bagus giler haha*

       Dan satu lagi ye.. jangan la buang thumb tacks merata- rata kat parking lot tuw..sakit taw tak telapak kaki kalau tercucuk kat selipar yang nipis ...sakit taw tak...huhuhu :'( 
kalau pakai kasut skola tak pe ar..tak sakit..tak rase pon...ini pakai selipar...azab sakit nye..kamu2 je la yang tahu..
buang thumb tacks merata-rata di parking lot ialah satu etika yang tak bley blah tol..

p/s buang thumb tacks dalam tong sampah atau longkang  *boleh ke buang thumb tacks buang dalam longkang?? tepuk dada tanya hati* 

                                                                           XOXO
                    
        

Thursday, 11 August 2011

Bebelan tentang impian

Assalammualaikum
aku pasti setiap insan dalam dunia ni punya impian, cuma impian kita bergantung dengan  usaha kita untuk mencapai impian sekian-sekian kita tu dan korang-korang yang tahun nie nak amek SPM a.k.a Sijil Pergi Melancong *sijil pergi melancong?? APAKAH...huhu* mesti korang da taw nak pergi mana lepas SPM, nak masuk Universiti mane, nak amek course ape, nak masuk matrix ke tak nak...Pastu lepas exam SPM nak carik keje...kene keje...coz kite2 da bukan budak sekolah yang hari- hari nak mintak duit kat ibu atau ayah..

Bile aku pikir2 semua tuw aku rase takot sangat sebab aku tak taw kalau aku buleh dapat straight A,pastu kau tak taw nak jadi ape..aku tak taw adekah aku patut amek Law..atau amek TESL..atau amek course account...kalau aku amek TESL gerenti kat oversea..*menaip dengan nade bongkak lagi belagak..hahaha*

Kalau aku amek account lak..mungkin bule la..aku bawak course tu... Tapi yang aku nak sangat ialah course law..okay...law...saya mau jadi lawyer...bukan loyar...ngaa~... Tapi aku tak confident taw...ye loh..macam mane saye mau speak and defence saye punye client hoo? Cakap pon malu-malu maa~

kalau u all nak taw kan communication skill saye kan 3/10..hahaha....lemah giler tahap gaban..ape seyh?
pasal tuw la kalau kat skola..saye tak tegur orang sangat.. malu...huhuhu...pasal tuw la saye tak ramai kawan...yang rapat ngan saye tuw taw la saye ni cam ne....

kalau da communication skill 3/10 buleh ke aku nie jadik lawyer? haduh~~.... What i need now is motivation...okay...motivation yang baik-baik..positif dan bukan nye motivation yang buat aku DOWN sampai nak jalan pon kalau boleh nak tutup muke ngan plastik Tesco..haha...

tapi aku mesti kejar itu tak kira la..macam mana pon....kene jugak....wajib...huh
tapi kan post aku nie macam melencong dari tajuk jerr...
aku tak kesah..sebab aku sorang je bace blog nie...hahaha


Tuesday, 9 August 2011

Haluuu

Assalammualaikum....
and 
Hello Bloggers..
Bonjour?
dengan wajah excited aku menaip..wahahahaha.... Dari saat ini, maka bermulalah *ceh ayat gramatis giler..tak tahan* dairi online aku yang bernama Ini Story Saye... yang pastinye dairi online aku nie mesti mengarut tahap gaban...tapi aku tak kesah sebab aku rase mane ade orang nak bace blog aku...ye la..aku tak populer seperti blogger yang lain gitu..kalau ade yang bace pown yang pastinye mereka tersesat sampai buleh terbukak aku punye blog..wahahahahaha..

haaaa~ aku lupe nak bagitau kat korang yang aku nie kuat gelak2...tapi kalau membabitkan perkara yang serius aku tak la ketawa..tuw kalau ketawa jugak alamatnyer kene lempang la..wkwkwk
 lagi satu aku tak mahu letak nama aku yang sebenar benarnyer...name aku boleh tahan,, nama yang macam drama petang petang tuw...ahaha~... ayat tak bleh blah... dan yang pasti nye *banyak betol pasti aku neh..*
aku masih baru kot dalam dunia blog ini....hohohoho...

AWAK AJAR LA SAYE PASAL BLOG EA?
p/s ade lak orang nak bace blog kau nie...wahahahaha