CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 22 March 2012

busy with my tumblr

Assalam.... peace be upon you....how are you guys....

okay...its been a long time i didn't post anything on my blog.....because i am so busy with my tumblr...
okay straight to the point..if you have anything you want to ask me or whatever it is...
just visit my tumblr..
http://itrytobeagoodmuslim.tumblr.com
 if you want to ask me anything...go ahead... be curious don't be judgemental....
 adios....
Asslammualaikum....

Monday 13 February 2012

lama dah tak update..

Assalammualaikum..........Hello netfreak how are ya? kekeke
ceh lama dah tak masuk blogger abes sebok ngan blog lagi satu di tambah pulak ngan tumblr lagi...camne? *tetibe*

okayla disebabkan aku terlalu rindukan korang maka *tak malu*

hamba pun mengupdate blog hmba atas perintah pembaca...*perasan la kau*

yelah...aku tak de modal sebenarnya nak tulis nie tu yang aku merepek tak tentu hala..*haru la kau nie*




sebenarnya aku nak tayang tumblr aku nieh..hehehe... *aduhai kau ni*



nak link tak..boleh r korang follow..hehe




ne ha link

Tuesday 31 January 2012

PERINGATAN UNTUK KITA YANG KADANG2 LUPA...

assalammualaikum...aku copy je nie..aku post tentang nie bukan sebab aku nak bajet bagus okay..ini cuma peringatan untuk aku dan korang jugak....bacelah tak rugi pon... =)


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday 29 December 2011

Aku tewas jugak dengan godaan mu...

Assalammualaikum!!!!
*menaip sambil makan tom yam..hohoho*
sihat ke silent reader saya minggu ini? harap harap sihat la ye..sorry ye lama tak post entry baru..kali terakhir pada 12 hb kan sekarang da 29hb huuuuuuu lamanya saya tak update blog..da bersarang da cicak , labah2 eh tikus pon ade..euwww... :p

ahaksssss..terkejut ke baca tajuk post aku hari ni....hoho...jangan pikir bukan bukan ea...godaan yang aku maksudkan ini bukanlah godaan yang menyimpang dari jalan jalan yang lurus..erkkk.....godaaan ini ialah daripada









daripada








daripadaa...













buku sebenarnya........ekekekekeke...novel.......buku cerita....korang ingat apa tadi..heh?


ye la buku cerita tu pandai betul menggoda aku..apalagi aku tewas la godaan buku cerita tu..*tak pernah aku dengar buku menggoda :p *
 ala buku cerita RAMLI AWANG MURSHID...buku penulis nie best taw...saya adalah peminat no satu dia...hahahaha...novel yang paling saya suka ialah Fantasi Rayyan..terbaekkkk!! dan dua lagi penulis kegemaran saya ialah LISA CLARK and J.K. ROWLING..HOOHOHOOO...
jadi dalam banyak banyak penulis hanya ada tiga penulis sahaja yang menjadi kegemaran saya..tak klise sangat la kan...hooho..*apakah* :p
jadi sebenarnya saya M telah menghilang kan buku atau novel terbaharu kakak saya yang bertajuk Fiksyen 302 karya RAMLI AWANG MURSHID...oh tidak!!!!
saya sendiri pon tak tahu cara kehilangan buku tersebut mungkin kah zonan yang telah mengambil nya?hhoho....whatever.... ne ha cover muka depan buku itu


















   hehheehehhehe...nie aku....hahaha













neeeeeee haaaaa...... :)






















ne la.....kikiki....








novel ni hilang macam tu je...novel ni aku simpan dalam bilek tidor...bile bangun da tak de...dahsyat....dahsyat....siapakah yang mengambilnya..adakah zonan??ataupun aku berjalan masa tido dan campakkan dalam longkang depan rumah...misteri...misteri....


apapun yang penting aku di goda oleh buku dan aku telah menghilangkan buku kakak aku :'(
da kene ganti *i dun hav money*
bye.....huhuhuhuhu

p/s adek aku kate buku fisyen tu ilang sebab orang yang pakai topeng puteh tu kuar..and larikan buku tu..entah hape2 ntah adek aku ni...hurmm

Monday 12 December 2011

AWESOME SEH PAKCIK2 N MAKCIK2 NEH

Assalammualaikum...bonjour! konichiwa!..muekekeke....*erk apakah*
hehehe...aku sukesss sangat nie..muekekeke...hari ni aku teman mak aku gi beli lauk *lagi nak cakap*..hehe..
pastu ade sorang tu hensem...ahahaha...*sengal* you know like handsome..hamdsome? *handsome la* suke suke suke*eh mengedik lak* ...aku pun tak tau nape aku tengok *nmpak la* orang tu hensem hehehe....gile kaw...tapi aku tak gatal ok.... @_@

okay la berbalik kepada tittle post aku ari ni..Awesome Seh Pakcik N makcik neh..hoho sebelum pegi beli lauk kat pasaraya tuh mak aku ajak g jogging  mule mule aku tak nak hehe...tapi mak aku mendesak..huhuhu...nak tak nak aku pegi je la...punye la aku malas * aku mmg pemalas ekeeke* so aku pegi jogging pakai selipar terbaeek an? sampai kat tasik rekreasi tu dalam pukul 6.30 r..*ceh bangge bgn awal*

mule2 aku ingat takde orang ..sekali aku menjengah ramai la jugak majoriti orang orang tua i mean pak cik or atuk n mak cik or nenek.. tapi dorang memang AWESOME OKAY!!.. terkejut mak *terkeluar suare nyah jgn mare*
dorang lari pergh LAJU ...JALAN PON LAJU...kalah aku yang mude neh..rase macam aku plak yang tua....dorang memang berstamina lah..dan aku plak asyik kene potong je ngan makcik2 n pakcik2 tuh...ekekkeke...ala sebenarnya aku bagi jalan je kat dorang yelah la orang tua kenelah hormat *ekeke poyo jer*

esok aku nak pegi agi dengan bawak camera hoohooo..aku nak snap photo2 dorang tuh hehehe

Lots of love

Wednesday 7 December 2011

SPM

Assalammualaikum....and how are you my lovely readers? *eceh* .....okay da 2 hari aku habis SPM..wow real life is coming!! daaa~ aku ingat nak rilek2 dulu..sebulan cam tu r *melampau* ekeke..tak la dlm 2 minggu ke...huhuhu....lepas da abes SPM kan aku akan merindui zaman persekolahan aku...huhuhuhu...rindu kawan kawan...rindu cikgu cikgu...rindu kelas...rindu time time masuk lambat g kelas *jahat tau* semua memori zaman persekolahan akan ku kenag sampai bile bile*ayat tak bley blah* ....

da abes SPM plak aku kene kerja huuh....aku tak tau pun nak keje ape sebab aku langsung tak penah keje..selama 17 tahun nie sekali pon aku tak penah keje hehe..so nak keje buat kali pertama dalam hidup aku...cakap  pasal kerja kan semalam aku baca paper *bukn kertas* budak tu sebaya ngan aku..dia baru keje da kene cabul...*takot tau* pergh bile aku baca tu macam macam taau aku pikir ..macam macam yang terlintas dalam kepala otak aku nih...huhuhu....

takut nyer....camne nak keje nie?nak keje kat mane?da aku ni jenis yang tak suke sangat kene suruh2 *eleh poyo* hehe..nak duduk kat umah bosan lak...kalau duduk rumah takde duit..kalau keje ade duit..huhuhu..
tapi tengok r nak keje kat mane...pastu aku nie plak jenis yang tek reti berkomunikasi ngan orang lain..huhuhu susah nyer....penakot nak bergaul ngan orang lain....

kalau bole tahun depan aku nak jadi cikgu tadika la...huhuhu...lagipon aku suke ngan budak budak so takde masalah la kot..cume kene carik tadika yang ngah carik cikgu..hehhe...best nye ajar budak budak..i like...haha..best an jadi cikgu...hahha

hehe nanti org pon panggil Cikgu M hehhehe..suke suke suke *tersyok sendiri pulak dah*



LOTS OF LOVE

Thursday 1 December 2011

Hei Janganlah!!

Assalammualaikum..Bonjour!

aku geram sangat nie...sangat sangat geram...huhhuh...erghhhh....*melebeh lak*.. korang penah nampak tak orang guna talifon bimbit kat stesen minyak...aku rase cam nak bagi pelempang jer kat orang orang camni..
ye la mana boleh guna atau callling2 kat stesen minyak..BAHAYA TAHU TAK?

masa hari tu mak aku ngah isi minyak tetibe sorang mamat nie punye selamba calling-calling kat stesen minyak tuh..pastu konon si sebelah kereta...konon nak jarak kan diri dari pam minyak..bengang tol aku...boleh jek encik  wat calling2 tapi masa tuw encik sorang sorang jek..orang lain takde *mustahil gile*..bile aku nengok muke mamat tu 'macam' berpelajaran je...tapi takkan la tak paham sign yang dia da letak tu...mustahil sangat lak kalau mamat tuw cakap 'sorry saya tak nampak la sign tu' TETTTTTTTTTTTTT.... alasan lapuk kot...orang da tak gune la...sebab sume orang tahu yang guna telefon bimbit tu tak leh...

satu lagi pulak semalam..time tu aku ngah lalu depan stesen minyak..sorang pakcik nie selamba giler jugak..pakai handphone..ngan gaya kaki letak kat atas tayar kereta...ekekeke....menghadap pam tayar...amboi pakcik berani nye...terkesima saya atas keberanian pakcik...ngaaa~

bayang kan lah time dia tengah guna handphone tu anak bini dia ataupun girlfriend dia kat dalam kereta pastu tetibe ngah syok syok talifon kereta meletup...BUOOOOOOMMMMMMM!!!!...pastu encik atau cik nie pon terpelanting entah kemana...pastu anak bini lak mati akibat letupan tu...girlfriend apa jadi tak payah cakap ar *ngeri kot*..tak dapat aku bayangkan keperitan hidup dia atas kehilangan orang tersayang..ANDA NAK KE JADI MACAM TU? mesti la tak nak kan? jadi jangan la buat...semua selamat...

lagi satu jangan merokok ye di stesen minyak...BAHAYA GAK!! *tercaps lock lak*
jangan lupe matikan enjin...



kalau kalau anda ternampak seseorang guna telefon *telefon ke talifon* tegur la*kang kene tumbuk lak*
hohohoho...kalau ade orang merokok tegur jugak..tapi jangan lah tegur macam marah marah kat orang tu..kang tak pasal pasal orang tu smack down*betul kan*... kan susah..jadi tegur la orang itu dengan penuh hemah..*jg lupe senyum time tegur*...

hehe...